A Razak Muthalib

A Razak Muthalib

Senior Trainer

• Basic Practitioner Neuro Linguistic Programming (NLP) yang diiktiraf oleh National Federation of Neuro Linguistic Programming, Amerika Syarikat (NFNLP).
• Master Practitioner Neuro Linguistic Programming (NLP) juga dibawah NFNLP.
• Mendapat pengiktirafan sebagai Trainer dari Pertubuhan Perunding Latihan & Motivator Muslim Malaysia (TAMRIN) yang dinaungi oleh Ybgh Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.

•  Diploma Pengajian Islam dan Dakwah daripada Institute for Training of Imams and Preachers, Muslim World League, Saudi Arabia.
•   Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, UIAM.
•  Ijazah Sarjana (Master) Ilmu Wahyu, UIAM.
•  Sekarang, dalam proses menyambung pengajian di peringkat PhD.

• Dijemput sebagai panelis untuk beberapa rancangan di TV3, TV AlHijrah, RTM dan Radio 24 Bernama.
• Menjadi penulis untuk ruangan Rehal di akhbar Sinar Harian.
• Banyak artikel dan tulisan beliau telah diterbitkan oleh Utusan Malaysia, Berita Harian, Majalah i,
Dewan Siswa, Dewan Masyarakat dan lain-lain lagi.

•    Membuat pelbagai kajian dan penyelidikan dalam bidang psikologi kepemimpinan, pengurusan organisasi dan  kaunseling. Telah menulis 5 buah buku dalam bidang tersebut iaitu:
1-  Resipi Kejayaan untuk Remaja
2-  Resipi Kejayaan untuk Pengawas
3-  Resipi Kejayaan untuk Bendahari
4-  Resipi Kejayaan untuk Pengarah Program
5-  Panduan dan Asas (PDA) Pengurusan Masa

•    Selain itu, beliau turut menghasilkan karya dalam bidang agama. Buku terbarunya ialah:
1.  Akademi Ramadan: Menuju Puncak Takwa
2.  Hikmah Al-Kahfi
3.  40 Hadis Palsu Popular

•    Turut terlibat dalam menulis dan membentangkan kertas kerja di seminar-seminar ilmiah sama  ada di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa.

•   Berpengalaman menjadi pensyarah, kemudian dilantik sebagai Pengurus merangkap ketua kaunselor di Jabatan Kaunseling & Bimbingan Kerjaya, International Islamic College (IIC) di bawah UIAM.
•   Menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar IIC.
•   Dilantik sebagai penggubal dan penulis silibus pengajian untuk Open UniversityMalaysia (OUM).
•   Mewakili Malaysia ke Invitation Program for Young Muslim Intellectuals in Southeast Asia anjuran Foundation.