AMS mengendalikan program latihan bukan hanya berceramah tetapi melalui pendekatan
integrasi antara penyampaian, interaksi dan ‘experiential learning’.
Melalui 30% pembentangan interaktif dan 70% aktiviti simulasi, kami menjadikan program
latihan kepada suasana dua hala, informatif dan tidak membosankan.
Kami percaya kepada teknik pembelajaran yang interaktif, multimedia, seronok,dan menghiburkan.
Teori dan prinsip yang sukar boleh difahamkan dengan beberapa aktiviti simulasi, dan kemahiran
yang diperlukan boleh dilatih dengan bermacam teknik dan aktiviti yang berobjektif.
Pengenalan AMS
Akademi Magnet Sukses (AMS) adalah sebuah firma konsultan latihan yang fokus secara serius dalam bidang latihan bina insan. Diasaskan oleh Amin Idris, seorang perunding latihan dan motivasi muda berpengalaman, seorang penulis buku ‘best seller’ & ‘profilic’ serta penyampai TV. Modul Latihan AMS memfokuskan dalam bidang :
Pembinaan Karakter
Motivasi Diri
Skil Kepimpinan
Pemerkasaan pasukan
Kuasa minda efektif
Imej Profesional
Keusahawanan
Matlamat AMS
Membantu menggilap potensi pelanggan seterusnya pelanggan mampu untuk mencapai sesuatu dalam hidup dan karier.
Memberi khidmat terbaik dan menjanjikan kelainan yang efektif dalam mengendalikan khidmat latihan.
Membangunkan modal insan yang menjadi teras utama pembangunan ummah dan negara.
TRAINER AMS
Kami membariskan para trainer yang professional, berpengalaman dan bertauliah.
Modul-modul AMS diinspirasikan dari buku-buku tulisan para trainer akademi sendiri. Sekaligus memudahkan rujukan para peserta semasa dan selepas program.